Begini Caranya Teknik ‘Re-Plant’ Pokok Kucai Tumbuh ‘Sarat’ Dalam Pasu. Hasil Jadi Lebih Tersusun!

Tidak dinafikan hobi bercucuk tanam menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi bila ada ruang tanah di halaman.

Dan antara sayuran senang ditanam adalah daun kucai. Namun begitu, jika terlebih sarat tanaman kucai di pasu atau polybag, anda perlu lakukan sesuatu untuk proses tanam semula bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak.

Untuk mengetahui cara terbaik bagi menyelesaikan lambakan kucai dalam pasu atau polybag, perlu lakukan teknik re-plant ini.

Teknik Re-Plant Tanam Kucai Dari Pasu

Kali ini nak share cara nak re-plant pokok kucai bila pokok sudah penuh dalam pasu/polybag.

1. Keluarkan pokok dari pasu/polybag. Buang tanah lama.

Keluarkan dari polybag /pasu.

2. Cuci untuk buang sisa-sisa tanah.

Proses basuh.

3. Buang akar sependek mungkin, botak pun tidak mengapa, dan ubi yang sudah tua.

4. Bersihkan batang dari kulit yang sudah reput.

Buang ubi yang dah tua.
Bersihkan selaput /kulit yang sudah mati di sekeliling batang.
Batang yang siap dibersihkan.

5. Siap untuk ditanam balik.

Siap untuk tanam.
Tanam dalam polybag /pasu/batas. Banyaknya pokok setiap lubang adalah ikut suka. Saya 1 lubang 5 pokok, 1 polybag berukuran 15×12.

Nota tambahan:

Jangan takut untuk buang akar, sebab akar itu sudah tidak berguna lagi.
Pokok akan mengeluarkan akar baru.

Selamat mengucai.

Sumber: Euis Maemunah

Artikel berkait:

Cara Simpan Daun Bawang, Sup & Kucai Supaya Tahan Lama

Cara Biakkan Pokok Kucai Untuk Lebih ‘Gemuk’

 

The post Begini Caranya Teknik ‘Re-Plant’ Pokok Kucai Tumbuh ‘Sarat’ Dalam Pasu. Hasil Jadi Lebih Tersusun! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments