Begini Cara Mudah Tanam Kesum Di Balkoni, Hanya Guna Baldi Tanpa Siram Pun Boleh Hidup Subur

Hobi bercucuk tanam ini akan jadi seronok apabila kita memilih tanaman untuk tujuan digunakan dalam masakan haruan.

Misalnya pokok cili, pandan, daun sup, pudina, daun bawang, kari dan juga pokok kesum.

Malah kerja memasak jadi lebih mudah kerana tidak perlu ke kedai untuk mendapatkannya dan hanya boleh dipetik di halaman sendiri.

Begitu juga bagi mereka yang tinggal di rumah jenis tingkat, apartment, pangsapuri atau kondominium masih boleh menanamnya dari balkoni sahaja.

Perkongsian pengalaman dari Cik Pooja yang memberitahu cara menanam pokok kesum bagi mereka yang mendiami rumah jenis bertingkat dengan menanam di balkoni saja.

Ikuti perkongsiannya yang mengajat cara menanam kesum dalam baldi dan ini adalah untuk mengelakkan air bertakung dan jentik-jentik.

Bahan-bahan:

1 biji pasu
1 biji baldi sesuai saiz pasu
Medium tanaman lembap
Air
Keratan batang kesum

*Nota kaki: Pasu dan baldi perlu sepadan agar boleh dimasukkan dalam baldi

1. Sediakan keratan kesum yang betul-betul matang dan ruasnya keras. Lebih baik kalau dan ada anak tunas atau sedikit berakar. Tinggalkan 3 hingga 4 helai daun sahaja di bahagian pucuk. Sediakan keratan batang yang hendak disemai pada ukuran 3 hingga 4 inci panjang.

2. Masukkan medium tanaman lembap dalam pasu dan rendamkan dalam baldi berisi air.

3. Sediakan lubang tanaman berkedalaman 2 inci. Boleh guna jari telunjuk untuk buat lubang tersebut. Ia berupaya mengelak keratan kesum yang dicucuk atau ditanam dari patah.

4. Tanam keratan batang kesum ke dalam lubang yang telah disediakan dan padatkan. Jangan lupa baca Bismillah dan niat dalam hati supaya pokok yang ditanam hidup subur.

5. Selesai tanam, letak pasu di kawasan separa teduhan. Apabila kelihatan mula stabil dan mengeluarkan pucuk, baru boleh dipindahkan ke tempat yang menerima cahaya penuh.

Tip Tambahan

1. Masa mula-mula tanam ni letakkan pasu ditempat redup tapi ada cahaya supaya pokok tak kecut layu dan dapat cahaya yang dikehendaki.

2. Bila sudah nampak hidup dan keluar pucuk baru, alihkan kesum ke tempat yang ada cahaya matahari

3. Hari-hari tengok-tengoklah tanaman, kalau nampak tanah macam kering, siramlah.

4. Bila sudah hidup dengan cantik, bolehlah topup kan air dalam baldi tu dengan larutan bancuhan baja AB (cikpooja topup 2 minggu sekali)

The post Begini Cara Mudah Tanam Kesum Di Balkoni, Hanya Guna Baldi Tanpa Siram Pun Boleh Hidup Subur appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments