Akhirnya Tun M Ubah Fikiran

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengubah fikiran untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Kenyataan itu dibuat beliau kepada Straits Times Singapura Jumaat lalu hanya kira-kira dua minggu setelah memberitahu Kyodo News bahawa dia tidak akan bertanding.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengatakan bahawa cadangannya untuk tidak bertanding menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokongnya.

“Mereka masih mahu saya mengatakan bahawa saya mahu bertanding. Memang benar bahawa kebanyakan orang yang berusia 95 tahun tidak akan aktif.

“Saya lebih bernasib baik, saya masih dapat aktif. Tetapi mereka nampaknya tidak fikir bahawa kesihatan saya akan merosot apabila umur saya semakin lanjut.

“Mereka melihat saya seperti saya sekarang. Jadi mereka menginginkan saya, sekurang-kurangnya, tidak mengatakan bahawa saya tidak akan bertanding,” katanya.

Pada 25 September lalu, Dr Mahathir menyatakan hasrat untukl tidak berhasrat bertanding pada pilihan raya umum akan datang, namun akan terus memerangi rasuah melalui Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

“Saya mahu sedikit masa lagi, tetapi saya fikir saya akan berkhidmat dalam jangka masa yang singkat.

“Tetapi saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke-15,” katanya kepada Kyodo News dalam wawancara di pejabatnya, di Putrajaya seperti yang dilaporkan Nikkei Asian Review

Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri tertua di dunia ketika beliau memegang jawatan itu untuk kali kedua selepas memimpin Pakatan Harapan (PH) dengan kemenangan yang tidak dijangka pada pilihan raya Mei 2018.

Beliau juga Perdana Menteri paling lama berkhidmat pada giliran pertamanya iaitu bermula tahun 1981 hingga 2003.

Bagaimanapun kali ini, Dr Mahathir memegang jawatan berkenaan dalam tempoh singkat iaitu kurang dua tahun sebelum meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu.

Sumber : suaramerdeka

The post Akhirnya Tun M Ubah Fikiran appeared first on News Viral.




Post a Comment

0 Comments