Ahli Mesyuarat Yang Menjadi Kontak Rapat Dr. Zulkifli Telah Diberi Surat HSO Selama 14 Hari Bermula 3 Oktober – PM

Dalam satu kenyataan yang muatnaik melalui laman Facebook Perdana Menteri Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa salah seroang jemaah menteri yang terlibat dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara pada 3 Oktober lalu disahkan positif Covid-19 hari ini.

Susulan dengan itu, semua ahli mesyuarat yang ada kontak rapat telah diberikan surat pengawasan dan  pemerhatian di rumah (HSO). Manakala,bukan kontak rapat pula dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di kediaman masing-masing bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober 2020.

“Sehubungan dengan itu, saya juga akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman sendiri atas nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelas Perdana Menteri dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, perkara ini tidak menganggu urusan kerajaan. Beliau akan menjalankan kerja dari rumah dan menggunakan video untuk melaksanakan sidang media bersama ahli mesyuarat yang lain.

 

Sumber: Muhyiddin Yassin

The post Ahli Mesyuarat Yang Menjadi Kontak Rapat Dr. Zulkifli Telah Diberi Surat HSO Selama 14 Hari Bermula 3 Oktober – PM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments