Wanita Kongsi Resipi Ayam Goreng Mamak “Homemade”, Bikin Ketagih

resipi ayam goreng mamak

Siapa je yang tak suka ayam goreng, apa lagi ayam goreng mamak. Hampir semua orang dari pelbagai lapisan umur menggemarkan resipi ayam goreng ini.

Tak kira jika masakan ringkas goreng kunyit ataupun berempah, kedua-duanya pasti membuka selera.

Bagi penggemar ayam goreng mamak pula, tak perlu kempunan lagi jika tak dapat ke restoran. Anda boleh masak sendiri ayam goreng mamak yang bikin ketagih di rumah dengan resipi ini.

Jom baca resipi ayam goreng mamak dikongsikan Qhamcyahh Hidayat di group Masak Apa Hari Ini di bawah.

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara:

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Gaul-gaul. (Kredit: Qhamcyahh Hidayat)
Sedapnya krup krup. (Kredit: Qhamcyahh Hidayat)
resipi ayam goreng mamak
Aduh terliurrr. (Kredit: Qhamcyahh Hidayat)

Mudah je kan sebenarnya nak buat ayam goreng mamak. Boleh cuba untuk seisi keluarga. Semoga berjaya.

Sumber: Qhamcyahh Hidayat via group Masak Apa Hari Ini

The post Wanita Kongsi Resipi Ayam Goreng Mamak “Homemade”, Bikin Ketagih appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments