(Video)“Tiada Lagi Overcharging,” Gadis Ini Kongsi Cara Buat Notifikasi Bila Bateri ‘Phone’ Dah Penuh

Pasti ramai diantara kita yang menggunakan telefon pintar mempunyai masalah yang sama. Masalah yang dimaksudkan itu adalah bateri cepat rosak.

Pun begitu, tahukah anda bahawa salah satu punca bateri telefon pintar kita cepat rosak adalah kerana terlampau lama mengecas.

Manakan tidak, sebelum tidur pastinya kita akan mengecas telefon kita dan apabila ianya sudah penuh dalam masa satu atau dua jam, kita tidak dapat mencabutnya daripada wayar pengecas kerana tidak menyedari bahawa bateri sudah penuh.

Justeru daripada itu, seorang pengguna Twitter bernama @fatinnashar ada berkongsikan tentang salah satu caranya untuk memastikan bahawa kita sedar bateri telefon yang sedang dicas itu telah penuh dengan hanya membuat tetapan.

Menurutnya, tetapan ini hanya boleh dibuat di telefon pintar jenis iPhone yang telah dikemas kini dengan software IOS14 sahaja. Pun begitu, tidak dapat dipastikan juga sekiranya telefon pintar dan perisian lain juga boleh melakukan kemudahan ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara untuk membuatnya, ikuti video yang dikongsikan ini seperti berikut:

“Telefon bimbit saya akan memberitahu saya bila bateri mencapai 100%. Tiada lagi overcharging”

Ini pula adalah hasil daripada tetapan yang telah dibuat itu:

Sumber: @fatinnashar

The post (Video)“Tiada Lagi Overcharging,” Gadis Ini Kongsi Cara Buat Notifikasi Bila Bateri ‘Phone’ Dah Penuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments