(Video)“Sang Belang Buntu…”, Penampakan Harimau Dirakam Kamera, Tidak Garang & ‘Takut-Takut’

Harimau Malaya ialah sejenis hidupan liar yang menjadi lambang atau ikonik negara kita pada hari ini.

Walaupun namanya gah dilaung dalam mana-mana perlawanan bola misalnya, namun di sudut lain, haiwan ini hakikatnya sedang berdepan dengan ancaman kepupusan.

Bukan sahaja habitatnya musnah akibat penerokaan hutan tanpa kawalan, malah populasinya juga berkurangan akibat menjadi mangsa pemburu haram.

Jumlah anggaran kasar bagi Harimau Malaya liar yang masih ada di hutan tidak melebihi 100 ekor setakat ini, sangat menyedihkan.

Hari ini, seorang warganet bernama Jiwakacau Yut memuat naik satu rakaman video yang memaparkan kelibat seekor harimau yang ‘muncul’ di sebalik pokok-pokok.

Apa yang menyentuh hati adalah riak muka harimau tersebut yang tidak lagi ‘segarang’ dahulu.

“Ni adalah sebab kenapa hutan perlu dijaga bukan dibalak..

Sang Belang sebagai lambang jata negara pun buntu ke mana lagi nak pergi, selepas badak pupus di negara kita giliran hidupan liar mana pula..

Untuk keselamatan Sang Belang maaf tak boleh disebut lokasi,”

Posted by Jiwakacau Yut on Wednesday, September 23, 2020

 

Lokasi dan masa rakaman harimau berkenaan tidak dapat dikongsikan secara umum, bimbang akan ada pihak tidak bertanggungjawab (baca: pemburu haram) akan mengambil kesempatan.

Bagaimanapun menurutnya, laporan sudah dibuat ke pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Semoga harimau ini terpelihara nyawanya agar kekal hidup dan tidak pupus di muka bumi ini.

Sumber: Jiwakacau Yut

The post (Video)“Sang Belang Buntu…”, Penampakan Harimau Dirakam Kamera, Tidak Garang & ‘Takut-Takut’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments