(Video)”…Mahukan Simpati Meminta Sisa Makanan,” Gelagat Kucing Seakan Minta Makanan Undang Sebak

Seperti yang kita ketahui, kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang cukup terkenal kerana sifat manja serta rupanya yang comel.

Pun begitu, tidak semua kucing yang bernasib baik hidup dalam keadaan selesa di samping manusia tanpa perlu bersusah payah berlapar untuk mencari makanan.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia ini, terdapat video yang menunjukkan seekor kucing seolah-olah merayu menagih simpati kepada manusia untuk berkongsikan secebis sisa makanan kepadanya.

Video tersebut memaparkan gelagat kucing yang sedang berdiri menggunakan dua kaki belakangnya sambil menggoyangkan kaki hadapannya sambil mengiau seakan merayu sedang kelaparan.

Hanya mahukan simpati meminta secebis sisa makanan untuk terus hidup atau menyusukan anak kecil. Jangan seksa dan…

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Sunday, September 27, 2020

Warganet yang menonton video tersebut berasa sebak serta sedih melihat gelagat kucing itu.

Video yang berdurasi selama 29 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini video berkenaan telah ditonton lebih dari 9 ribu kali oleh warganet.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

The post (Video)”…Mahukan Simpati Meminta Sisa Makanan,” Gelagat Kucing Seakan Minta Makanan Undang Sebak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments