(Video) 'Viral pulak budak pandu lori tanker'


Viral di media sosial lagi video seorang kanak-kanak lelaki memandu lori tangki yang dipercayai berlaku di Rantau. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video viral itu dan kini sedang giat mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan. 

Difahamkan, video berdurasi 1.18 minit itu mula viral di WhatsApp sejak petang semalam menunjukkan kanak-kanak itu sedang memandu sebuah lori jenis Hino dan cuba mengaihkannya. 

"Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Sinar Harian, Info Roadblock JPJP/POLIS





r

Post a Comment

0 Comments