(Video) Tular Rakaman Ular Sawa ‘Melawat’ Di Kawasan Parkir Ketika Hujan

Ketika musim banjir yang melanda, manusia terjejas kepada pelbagai bahaya dan risiko terutamanya dari segi keselamatan dan kesihatan. Disebabkan itu, penduduk di kawasan yang mengalami banjir perlulah sentiasa berjaga-jaga supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Menerusi satu rakaman yang dimuatnaik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS, seekor ular sawa dilihat sedang menyusur di bawah hujan lebat sambil disaksikan oleh orang ramai.

Walaupun tidak dapat dipastikan di mana dan bila video itu dirakam, ia boleh menjadi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menjauhi kawasan yang berisiko.

Ular main air banjir

Hati-hati mereka dikawasan dinaiki air, 🐍 pun keluar kerana kawasan mereka pun melimpah air.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 10 September 2020

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

The post (Video) Tular Rakaman Ular Sawa ‘Melawat’ Di Kawasan Parkir Ketika Hujan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments