(Video) Tular Rakaman Ular Sawa Keluar Dari Longkang Selepas Hujan, Dipercayai Di Setapak

ular sawa longkang

Seekor ular sawa dirakam keluar daripada longkang berhampiran sebuah pasaraya di sini sebentar tadi.

Kejadian dirakam orang awam di tempat kejadian itu dipercayai berlaku selepas hujan lebat dan banjir kilat di kawasan sekitar.

Dalam video dikongsikan Bernama, kelihatan seekor ular panjang menyusur di bawah sebuah van yang diletakkan berhampiran.

Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara. Amaran itu meliputi negeri-negeri di utara semenanjung, sebahagian besar negeri pantai timur dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Sabah serta Sarawak.

Amaran berkuatkuasa pada 4 petang tadi sehingga 7 malam ini.

Sumber: Bernama

The post (Video) Tular Rakaman Ular Sawa Keluar Dari Longkang Selepas Hujan, Dipercayai Di Setapak appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments