(Video) Tular Budak Perempuan Didakwa Pengemis Dicabar Makan Cili Demi Duit, Ini Penjelasan Bapa Saudara

pengemis makan cili

Baru-baru ini tular kisah seorang gadis kecil kononnya seorang pengemis yang dicabar untuk memakan cili demi sejumlah wang.

Dalam video tular di media sosial, kelihatan kanak-kanak itu didatangi seorang lelaki yang didakwa mencabarnya untuk memakan cili hijau.

Kanak-kanak itu kemudiannya mengambil cili tersebut dan mengunyahnya sambil tersenyum.

Kelihatan air mata mula mengalir pada matanya. Pun begitu, dia kelihatan gembira menerima sejumlah wang sebagai ‘hadiah’.

Berdasarkan video berkenaan, orang ramai percaya bahawa kanak-kanak itu merupakan pengemis yang terpaksa melakukan cabaran demi wang. Penceritaan daripada akaun media sosial yang mengaitkan video itu dengan kemiskinan membuatkan orang ramai marah dan menyumpah perakam.

“Jadi miskin tidak memalukan. Apa yang memalukan ialah menjadi si kaya yang tidak berhati perut yang dikelilingi orang miskin.

“Para pelancong ini mentertawakan kanak-kanak ini dan memberinya sejumlah duit. Mereka berikannya cili pedas.

“Dia tetap kuat walaupun menahan pedas. Air mata tak mampu sembunyikan kesakitannya,” tulis salah seorang pengguna.

Namun, hasil carian Siakap Keli, kami menemui sebuah video lain yang berbeza. Dalam video tersebut, kelihatan kanak-kanak perempuan berkenaan berpakaian cantik dengan rambut yang kemas berbanding video sebelumnya.

Video tersebut telah dikongsikan seorang pengguna Twitter bernama Ahmad Farraj. Kongsinya, bapa saudara kanak-kanak berkenaan mendakwa video terdahulu hanyalah satu gurauan.

Mereka dikatakan sedang bertaruh manakala wang tersebut merupakan ganjaran buat kanak-kanak berkenaan.

Walaubagaimanapun, ramai yang bersetuju bahawa gurauan itu agak keterlaluan.

Sumber: Youtube (Around The World), Ahmad Farraj

The post (Video) Tular Budak Perempuan Didakwa Pengemis Dicabar Makan Cili Demi Duit, Ini Penjelasan Bapa Saudara appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments