(Video) Tular Aksi Pekerja Restoran Pikul Payung Besar Payungkan Pelanggan Redah Hujan Dipuji Netizen

Setiap peniaga mempunyai strategi dan cara sendiri untuk mengembangkan perniagaannya. Salah satu teknik penting dalam pengurusan bisnes adalah dengan menjaga pelanggan.

Baru-baru ini, seorang lelaki berpakaian seragam pekerja dipercayai sebuah restoran di Johor Bahru menerima respon positif netizen setelah tular videonya memayung para pelanggan.

Dalam video dikongsikan Redzu Yunus, kelihatan lelaki berkenaan menggunakan payung besar untuk melindungi dua wanita dipercayai pelanggan meredah hujan lebat untuk memasuki restoran berkenaan.

Video tersebut mendapat lebih 34.9 ribu tontonan dengan 3.5 ribu tanda suka oleh warga Twitter.

Sumber: Redzu Yunus

The post (Video) Tular Aksi Pekerja Restoran Pikul Payung Besar Payungkan Pelanggan Redah Hujan Dipuji Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments