(Video) Tiga Jam Tak Bergerak, Feri Ke Pulau Langkawi Terpaksa Ditunda Semula Ke Jeti Kuala Perlis

Feri penumpang yang membawa seramai 200 orang penumpang terpaksa berpatah balik ke Jeti Kuala Perlis akibat mengalami masalah sehingga tidak mampu meneruskan perjalanan.

Menerusi laman Facebook Langkawi Viral telah memuatnaik beberapa video menunjukkan keadaan semasa feri tersebut terpaksa ditunda ke Jeti Kuala Perlis semula. Difahamkan, penumpang feri tersebut terkandas hampir tiga jam sebelum pihak kru memutuskan untuk berpatah balik.

06/09/2020 Sebuah Feri dari Kuala Perlis ke Langkawi jam 7.00 pagi mengalami masalah dan dalam proses tunda ke Kuala Perlis semula.

Semoga selamat sampai kesian kepada 200 lebih orang penumpang yang sebahagiannya kanak-kanak dan belum makan lebih daripada 4 jam berada di laut. Ketika ini pula laut bergelora.

Posted by Langkawi VIRAL on Saturday, 5 September 2020

Posted by Langkawi VIRAL on Saturday, 5 September 2020

Posted by Langkawi VIRAL on Saturday, 5 September 2020

 

Sumber: Langkawi Viral

 

The post (Video) Tiga Jam Tak Bergerak, Feri Ke Pulau Langkawi Terpaksa Ditunda Semula Ke Jeti Kuala Perlis appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments