(Video) TERKINI: Lagi Letupan Besar Dilapor Berlaku Di Lubnan, Asap Hitam Dilihat Menjulang Ke Langit

BEIRUT, 22 Sept – Satu letupan besar dilapor berlaku didakwa di depot senjata milik kumpulan Hizbullah di wilayah Ain Qana, selatan Lubnan hari ini.

Sumber pihak keselamatan berkata, beberapa mangsa di sekitar lokasi kejadian mengalami kecederaan akibat impak letupan tersebut.

“Letupan di depot senjata itu mengeluarkan kepulan asap hitam yang besar ke udara.

“Dipercayai punca letupan adalah daripada kesalahan teknikal,” katanya.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian serta jumlah kerosakan dan mangsa masih belum diketahui. Turut tular di media sosial adalah dakwaan yang menyebut letupan berkenaan melibatkan sebuah stesen minyak, manakala ada juga yang mendakwa letupan itu berpunca daripada sebuah rumah.

Dalam masa sama, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Hizbullah setakat ini.

Sementara itu, wartawan bebas, Luna Safwan memuat naik beberapa rakaman video yang dirakam penduduk di sana.

Mengimbas kembali, Lubnan digemparkan dengan tragedi letupan sebuah gudang simpanan bahan ammonium nitrat di pelabuhan Beirut 4 Ogos lalu.

Berita lanjut daripada media antarabangsa menyusul.

Sumber: The Jerusalem Post, Aljazeera, Luna Safwan

The post (Video) TERKINI: Lagi Letupan Besar Dilapor Berlaku Di Lubnan, Asap Hitam Dilihat Menjulang Ke Langit appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments