(Video) Sebiji Macam Dalam MV, Parodi Kal Ho Naa Ho Di Jambatan Angkat Terengganu Ini Buat Netizen Terhibur

kal ho naa ho terengganu

Siapa tak tahu filem Kal Ho Naa Ho. Kisah cinta tidak kesampaian Aman (Shah Rukh Khan) dengan pujaan hati, Naina (Preity Zinta) pasti membuatkan peminat mengalirkan air mata setiap kali menontonnya. Ditambah pula dengan OST berlirik melankolik, boleh lemas dalam air mata sendiri dibuatnya.

Baru-baru ini, kru produksi tempatan, K-Productions telah membuat semula video muzik Kal Ho Naa Ho.

Berbeza dengan rakaman asal, video ini mempunyai getaran yang berbeza.

Babak-babaknya dilakonkan sepasang suami isteri dan seorang pelakon lelaki berlatarbelakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Lakonan ketiga-tiga mereka yang menyerupai video asal membuatkan orang ramai kagum dengan hasil rakaman berkenaan.

Malah, pelakon yang membawa watak Shah Rukh Khan juga dikatakan mempunyai iras ‘bollywood’, membuatkan orang ramai terhibur melihatnya.

“OMG Shah Rukh Khan datang Terengganu”

Video menjadi

Bangga jadi orang Terengganu

Anda pun nak tengok ‘Shah Rukh Khan’ datang Malaysia? Jom tonton video mereka.

Sumber: K-Productions

The post (Video) Sebiji Macam Dalam MV, Parodi Kal Ho Naa Ho Di Jambatan Angkat Terengganu Ini Buat Netizen Terhibur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments