(Video) Remaja Kongsi Mak Ayah ‘Istimewa’ Rancak Borak Guna Bahasa Isyarat, Netizen Tersentuh Tengok Keluarga Bahagia Ini

kelainan upaya pendengaran

Kasih sayang melangkaui sempadan bahasa. Ia bukan sahaja boleh diterjemah melalui suara, namun juga boleh dizahirkan secara fizikal melalui gerakan tubuh, termasuk bahasa isyarat.

Bagi saudara Muhammad Zulhaikal Bin Zailani, 19 tahun hidup bersama ibu bapa yang memiliki keupayaan berlainan dalam pendengaran dan percakapan, menjadikannya fasih dalam bahasa isyarat.

Menurut pelajar Politeknik Nilai itu, dia bersama adik-beradiknya yang lain berkomunikasi dalam bahasa isyarat dengan ibu bapa mereka.

“Apa yang saya kagum dengan mak ayah saya diorang dapat membesarkan saya dan adik beradik hingga kini walaupun dalam keadaan sebegitu,” ujarnya.

Tambahnya, ibunya merupakan seorang yang baik, penyayang dan tegas manakala ayahnya pendiam, penyabar dan prihatin terhadap anak-anak.

Merekalah yang mengajarkan bahasa isyarat kepada Haikal dan dua adiknya sepanjang mereka membesar.

Baru-baru ini, Haikal telah berkongsi sebuah video bersama ibu bapanya yang sedang berbual sesama mereka dalam bahasa isyarat.

Video berkenaan berjaya menyentuh hati orang ramai tatkala melihat keluarga tersebut yang rancak berbual sesama sendiri.

“Saya harap suatu hari nanti saya dapat mendengar mereka memanggil nama saya.”

Comelnya

Semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan buat kedua-dua orang tua

Sumber: Ekal

The post (Video) Remaja Kongsi Mak Ayah ‘Istimewa’ Rancak Borak Guna Bahasa Isyarat, Netizen Tersentuh Tengok Keluarga Bahagia Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments