(Video) Remaja Dilapor Buat ‘Generator’ Guna Kotak, Terima 21k “Like” & Dikagumi Warganet

generator

Kreativiti tiada sempadan. Malah, banyak teknologi digunapakai hari ini berjaya dicipta hasil imaginasi yang pernah dianggap gila.

Pesawat, bahtera hinggalah kereta terbang, ketiga-tiga ciptaan ini tidak lagi dianggap mustahil, malah giat dibangunkan dari masa ke masa.

Baru-baru ini, sebuah laman di Facebook, Within Nigeria berkongsi video seorang remaja lelaki menghasilkan ‘generator’ menggunakan kotak.

Alat itu kelihatan dilengkapi dengan palam pencucuh, pendawaian dan suis tersendiri.

Teruja dan ingin tahu, perakam meminta remaja berkenaan untuk menghidupkan ‘generator’ tersebut.

Biarpun tidak berjaya dihidupkan, remaja itu mendapat respon menggalakkan daripada pengguna media sosial yang percaya akan potensinya.

Muda tetapi berbakat. Dia memerlukan acuan dan segalanya tidak mustahil

Kerajaan patut mengambilnya dari jalanan dan memperkasakannya untuk realisasikan wawasan

Segalanya bermula dengan perkara yang tidak relevan. Bakatnya akan berkembang dan menjadikan ilusi hari ini relevan suatu hari nanti.

Mari tonton videonya di bawah.

“Inilah bagaimana minda kreatif yang luar biasa bermula”

This is how extra-ordinary creative minds start😍

This is how extra-ordinary creative minds start😍

Posted by Within Nigeria on Wednesday, 2 September 2020

Sumber: Within Nigeria

The post (Video) Remaja Dilapor Buat ‘Generator’ Guna Kotak, Terima 21k “Like” & Dikagumi Warganet appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments