(Video) Rakaman Warna ‘Merah Darah’ Hiasi Langit Oregon, Dipercayai Kesan Kebakaran Berterusan

Langit di sebuah bandar kecil di Oregon dilaporkan bertukar menjadi warna merah darah akibat kebakaran yang berterusan di wilayah itu, lapor Daily Star.

Beberapa video yang dikongsikan di laman Twitter menyaksikan langit yang bersinar dengan warna merah di bandar Stayton. Ia seperti sesuatu yang berada di dalam filem fiksyen ilmiah.

Gabenor Oregon, Kate Brown, berkata bahawa kejadian itu terbukti menjadi peristiwa kebakaran yang belum pernah terjadi sebelum ini dan penting bagi negara itu.

Kira-kira 200,000 ekar tanah telah hangus akibat daripada kejadian itu.

Pihak berkuasa Marion County berkata pada Selasa lalu bahawa kebakaran hutan yang mengganas di Santiam Canyon dimulakan oleh pokok yang ditebang yang merobohkan saluran kuasa elektrik dan menyalakan api kecil yang merebak disebabkan oleh angin kuat.

Jurucakap Pusat Penyelarasan Northwest, Carrol Connoly pula berkata bahawa keutamaan sekarang adalah mengajak penduduk keluar dari kawasan itu.

Memetik laporan Daily Star, tiupan angin telah melonjak hingga 50 batu per jam pada Selasa.

Sumber: Daily Star

The post (Video) Rakaman Warna ‘Merah Darah’ Hiasi Langit Oregon, Dipercayai Kesan Kebakaran Berterusan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments