(Video) Rakaman Singa Gunung Asyik Intai Kanak-kanak Berbasikal Bikin Cemas

singa gunung

Seorang penduduk Pacifica, California berhadapan detik cemas apabila melihat seekor singa gunung sedang mengintai kanak-kanak yang berbasikal di kejiranannya.

Berdasarkan video bertarikh 19 September lalu, kelihatan haiwan berkenaan asyik memerhati gelagat kanak-kanak di sebalik pagar sebuah kediaman.

Haiwan itu kemudiannya berpaling dan berlalu pergi dipercayai setelah terdengar jeritan perakam.

Kongsi perakam, Timothy Kerrisk, dia telah menjerit bagi memberi amaran kepada jiran-jiran supaya mengambil anak mereka.

“Ia berpaling kerana jeritan saya. Bila ia melompat pagar dan bersembunyi di bawah trak, saya keluar dan kejar haiwan itu agar jauh daripada kanak-kanak,” katanya.

Pun begitu, Timothy mengaku telah memuatnaik video berkenaan tanpa suara susulan audio yang terlalu kuat.

Menurut wakil Bay Area Puma Project, Zara McDonald, haiwan itu sememangnya gemar memerhatikan manusia. Katanya, tindakan spesies itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan menakutkan tentang sikapnya.

Pun begitu, orang ramai dinasihatkan menjauhi haiwan berkenaan jika bertembung.

Lapor Huff Post, serangan puma ke atas manusia adalah jarang berlaku di California di mana hanya empat serangan yang tidak membunuh dicatatkan dalam tempoh 16 bulan.

Haiwan yang terlibat dalam serangan itu kemudiannya ditangkap dan diberi suntikan untuk mematikan.

Sumber: Timothy Kerrisk III, Huff Post

The post (Video) Rakaman Singa Gunung Asyik Intai Kanak-kanak Berbasikal Bikin Cemas appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments