(Video) Rakaman Harimau Kelihatan Kurus, Perut Kempis Jadi Perhatian Ramai

Satu rakaman video memperlihatkan seekor harimau dengan tubuh yang kurus di sebuah zoo di Indonesia telah tular di media sosial.

Menurut laporan Kompas.com, video berdurasi 13 saat itu menyaksikan harimau tersebut berjalan dan menampakkan bahagian perutnya yang telah mengempis seperti kekurangan makanan.

Penyelaras pemasaran zoo yang terletak di Kabupaten Lamongan itu mengesahkan bahawa haiwan itu sememangnya berada di zoo mereka.

Pun begitu, dia menjelaskan bahawa jarak antara tempat pengunjung dan dasar kandang harimau tersebut adalah kira-kira lapan meter dan ia menyebabkan harimau itu kelihatan kurus dari tempat pengunjung.

“Jadi, harimau Sumatera tidak sebesar harimau jenis lain, ia lebih langsing,” katanya.

Harimau Sumatera di dalam video itu juga berumur sekitar 10 tahun.

Pihak zoo terbabit juga menafikan bahawa harimau itu kelihatan kurus kerana diabaikan.

Sumber: Kompas.com

The post (Video) Rakaman Harimau Kelihatan Kurus, Perut Kempis Jadi Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments