(Video) Rakaman Belasan Ular ‘Menginap’ Di Dalam Tilam ‘Spring’ Buat Ramai Risau

Sebuah video yang memaparkan sebilangan penduduk setempat ‘memunggah’ satu tilam terbiar telah menjadi tular di media sosial.

Manakan tidak, semasa membuka bahagian dalam tilam tersebut, para penduduk itu telah dikejutkan dengan puluhan ekor ular yang bersarang di dalamnya.

Bahkan di dalam tilam tersebut, terdapat juga ular berbisa seperti ular tedung yang terkenal dengan sifat ganas dan merbahaya sekiranya dipatuk.

Penemuan puluhan ekor ular di dalam tilam itu telah menimbulkan rasa ngeri dalam fikiran warganet.

@kimberlykhan6

spring bed 😭 penasaran part 2? #berandafypシ #youngstarsbd_sg

♬ Astagfirullah – Wafiq Azizah

Menurut Tribun, tiga lelaki yang dilihat dalam video tersebut telah menemui tilam berkenaan dalam sebuah rumah kosong.

Berbekalkan parang dan pisau, ketiga-tiga lelaki itu telah memutuskan untuk membelah tilam tersebut.

Setelah beberapa minit membelah permukaan luaran tilam berkenaan, sebahagian bingkai di dalamnya mula kelihatan.

Sejurus selepas membuka permukaan tilam tersebut, mereka terkejut apabila mendapati bahawa terdapat puluhan ular yang mendiami tilam berkenaan.

Ular-ular yang mendiami tilam berkenaan tampak memiliki saiz yang berbeza-beza.

Ada yang kecil dan ada yang tampak berisi dan besar.

Melihat ular itu bersarang di dalam katil berkenaan, lelaki tersebut terus mengambil guni dan bergegas memasukkan ular-ular yang dijumpai itu ke dalam guni.

@kimberlykhan6

Reply to @qsyafiiqazhira sdh di bolak balik msh Ada aja🙏#fypシ #fypindonesiaツ #berandafypシ

♬ original sound – little rainbow 🌈 – little rainbow 🌈

Warganet yang menonton video berkenaan berasa ngeri dan geli ketika melihat ular-ular di dalam tilam tersebut.

“Jadi was-was terus dengan tilam sendiri,” tulis warganet bernama justalterago.

“Tak berani nak tidur malam,” tulis warganet bernama mfthlarf113.

“Saya menjadi risau untuk baring di katil saya selepas menonton video ini,” tulis seorang lagi warganet bernama junghunsoc_.

Sumber: Tribun

The post (Video) Rakaman Belasan Ular ‘Menginap’ Di Dalam Tilam ‘Spring’ Buat Ramai Risau appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments