(Video) Pelajar Didakwa Dirompak Ketika Sedang Sibuk Dalam Kelas “Online”

Malang tak berbau, satu kejadian menakutkan berlaku kepada salah seorang pelajar perempuan yang didakwa didatangi sekumpulan perompak masuk ke rumahnya sewaktu dia fokus dalam sesi kelas atas talian di ruang biliknya di Kota Ambato di Tungurahura, Ecuador pada Jumaat lalu.

Kejadian disaksikan oleh seluruh raka-rakannya serta guru yang sedang mengajar di dalam talian tersebut.

Menerusi video tersebut, sekumpulan perompak tersebut tidak menyedari perbuatan mereka sedang diperhatikan secara langsung oleh 25 orang pelajar yang membolehkan mereka bertindak dengan segera meenlefon keluarga mangsa dan pihak berkuasa.

Difahamkan, salah seorang pelajar menyedari kejadian tersebut dan memaklumkan terus kepada gurunya yang sedang mengajar.

Pihak Polis menerima laporan itu dan terus ke lokasi kejadian dan mendapati dua orang suspek telah melarikan diri menaiki kenderaan. Namun, nasib malang menyebelahi suspek apabila polis dapat mengesan lokasi mereka menggunakan isyarat yang ada pada telefon mangsa.

Keempat-empat suspek berjaya diberkas dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis menjumpai satu peti besi, wang tunai sebanyak 3,017 pound sterling (RM 16,320), dua senapang, dua telefon bimbit, satu komputeer riba dan satu konsol alat permainan video.

Bagaimanapun, pihak polis Ecuador tidak menjelaskan hukumana yang bakal diterima oleh perompak-perompak tersebut.

 

Sumber: Dailymail

The post (Video) Pelajar Didakwa Dirompak Ketika Sedang Sibuk Dalam Kelas “Online” appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments