(Video) Pegawai Polis Cedera Dilanggar Kereta Wira, Disyaki Dinaiki Dua Lelaki Warga Indonesia

SHAH ALAM, 18 Sept – Seorang pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Bulatan Puncak Perdana pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu sedang memantau operasi trafik di sekitar kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dengan berpakaian preman pada kira-kira pukul 8.10 pagi.

Beliau berkata mengikut laporan, pegawai itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira berwarna emas yang disyaki dinaiki dua lelaki warga Indonesia.

“Pengadu terjatuh di atas jalan raya, manakala pemandu kereta itu terus melarikan diri menghala ke arah Puncak Alam.. pengadu mengalami kecederaan di kaki dan kesakitan badan, motosikalnya juga rosak di bahagian belakang sebelah tepi kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya insiden itu turut disaksikan beberapa anggota polis di tempat kejadian dan pegawai itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sehubungan itu Baharudin berkata polis sedang berusaha menghubungi seorang lelaki bernama Mospid Norasmad bagi membantu siasatan, selepas semakan Jabatan Pengangkutan Jalan mendapati kereta itu didaftarkan atas namanya.

Lari dari SJR Dan Rempuh Motosikal

18Sept2020/SelangorRakaman dashcam yg berlaku pagi tadi di Persiaran Mokhtar Dahari. Sebuah kereta Proton Wira melarikan diri dari Snap Check PDRM dan merempuh penunggang motosikal. Maklumat awal yg diterima penunggang motosikal tersebut juga merupakan seorang anggota PDRM. Pemilik dashcam telah hadir ke Balai Polis bagi menyerahkan rakaman footage dan gambar kenderaan tersebut..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 17 September 2020

— BERNAMA

The post (Video) Pegawai Polis Cedera Dilanggar Kereta Wira, Disyaki Dinaiki Dua Lelaki Warga Indonesia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments