(Video) Ngeri, Doktor Keluarkan Ular Dari Mulut Wanita, Dakwa Dimasuki Ketika Sedang Tidur

RUSIA: Sekumpulan doktor berjaya menarik keluar seekor ular sepanjang 1.2 meter daripada badan seorang wanita di Levashi, Rusia melalui kerongkong, semalam.

Melalui laporan tempatan, ular itu didakwa masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur di laman rumahnya di perkampungan Levashi di Dagestan, Rusia.

Wanita itu telah dihantar ke hospital setelah menunjukkan tanda tidak sihat dan doktor telah memberikannya ubat bius.

Satu klip video menunjukkan dua doktor telah menarik keluar ular itu dari kerongkong wanita itu, selepas menggunakan satu alatan untuk membantu proses mengeluarkan ular tersebut.

Seorang doktor wanita sangat terkejut ketika melihat seekor ular yang panjang 1.2meter keluar daripada mulut pesakitnya, begitu juga dengan kakitangan hospital.

Maklumat pesakit dan jenis ular itu masih belum didedahkan setakat ini.

Sumber: news.com.au

The post (Video) Ngeri, Doktor Keluarkan Ular Dari Mulut Wanita, Dakwa Dimasuki Ketika Sedang Tidur appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments