(Video) Mujur Lelaki Ini Bangun Dari Kerusi Sebelum Kereta Berundur Rempuh Dinding Di Tempat Duduknya

Sebuah video menunjukkan seorang lelaki terselamat daripada maut apabila sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pekerja merempuh dinding sebuah kedai cuci kereta di Arab Saudi.

Menerusi video berdurasi seminit, setelah beberapa saat lelaki tersebut bangun dari kerusi, kereta tersebut terus merempuh dinding di tempat duduknya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bisha, sebuah bandar di wilayah Asir, Arab Saudi.

Mohammed Al Qahtani memberitahu kepada media tempatan: ”Segala puji bagi Tuhan kerana saya tidak dilanggar ketika saya sedang duduk di kerusi menunggu kereta saya dicuci.

“Saya melihat dia [pemandu] datang untuk menghentikan kenderaan di hadapan saya dan ketika itu saya merasa bahawa pemandu kenderaan ini tidak memandu kereta dengan baik.”

Al Qahtani menambah: “Saya memutuskan untuk menukar tempat saya dan itu hanya beberapa saat, Maha Suci Tuhan pemandu itu mengundurkan kereta dengan cepat dan merempuh kerusi yang saya duduk dan dinding di belakang.”

Sumber: Gulf News

The post (Video) Mujur Lelaki Ini Bangun Dari Kerusi Sebelum Kereta Berundur Rempuh Dinding Di Tempat Duduknya appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments