(Video) “Mengapa Menghilang Pak?”, Wartawan Indonesia ‘Interview’ Kerusi, Dipercayai Kesal Menteri Kesihatan Tak Hadir

temubual kerusi

Wartawan boleh menjadi tunggangan pemimpin, namun media juga boleh menjadi pencabar kepada pimpinan yang dianggap tidak menjalankan tanggunjawab dengan baik.

Daripada membongkar penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin hingga ke medan perang untuk sepotong berita, tugas mereka boleh memberi impak kepada masyarakat.

Baru-baru ini, seorang wartawan dari Indonesia, Najwa Shihab menarik perhatian orang ramai apabila dengan sinis mengkritik Menteri Kesihatan negara itu.

Dalam temubual yang sepatutnya diadakan bersama Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto, Najwa meneruskan program dan melontarkan soalan kepada kerusi kosong dipercayai gara-gara pihak menteri tidak hadir ke program tersebut.

“Mengapa menghilang pak? Anda jarang sekali muncul di depan publik memberi penjelasan selama pandemik.

“Rasanya menteri kesihatan yang paling low profile di seluruh dunia selama wabak ini hanya menteri kesihatan dari Republik Indonesia.

“Atau kehadiran menteri kesihatan di muka publik anda rasa tidak terlalu penting?

“Sejak awal pandemik, anda rasa virus ini bukan ancaman besar, apakah kini anda mengakui bahawa kita ketinggalan dalam langkah penanganan awal yang seharusnya boleh lebih responsif.

“Saya ingin minta penjelasan, adakah betul di awal pandemik dulu, anda, Menteri Kesihatan mengusulkan bahawa kita tidak perlu lakukan kuarantin wilayah?” Soalnya pedas dan menikam.

Najwa sempat mengulas data kes COVID-19 tempatan yang sedang meningkat, mempersoal tindakan kementerian ketika negara-negara lain semakin mula membebaskan diri daripada wabak itu.

Berikut adalah sesi temu bualnya yang dinamakan #MataNajwaMenantiTerawan.

Sumber: Najwa Shihab

The post (Video) “Mengapa Menghilang Pak?”, Wartawan Indonesia ‘Interview’ Kerusi, Dipercayai Kesal Menteri Kesihatan Tak Hadir appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments