(Video) Mekanik Tunjuk Cara Mudah Tolak Kereta Seorang Diri, Orang Kurus Pun Boleh Buat

cara tolak kereta

Kadangkala kenderaan kita boleh rosak tanpa sebarang petanda. Elok sahaja meluncur di atas jalan raya, tiba-tiba mati dan tak boleh dihidupkan.

Haru jadinya terutama bila anda seorang diri. Silap haribulan, kereta belakang yang tak tahu apa-apa pula hon anda sebab mengganggu laluan.

Jadi, sebaiknya anda perlu mengalihkan kenderaan ke tepi jalan supaya tidak mengganggu trafik dan menyebabkan kesesakan.

Jika anda takut bakal mati kutu ketika berhadapan situasi tersebut seorang diri, jom tonton video dikongsikan mekanik, @Carlsonchia_oe yang akan membantu anda.

Berikut merupakan langkah demi langkah untuk menolak kereta jika anda seorang diri.

1. Nyalakan lampu keselamatan

2. Bebaskan gear

3. Turunkan brek tangan

4. Dari luar kereta, tarik tali pinggang keledar dan tutup pintu. Sangkut tali pinggang pada bahu.

5. Sambil mengawal stereng, ‘galas’ kereta anda dan tolak ke hadapan.

Jom tonton video dikongsikan @Carlsonchia_oe ini.

@carlsonchia_oe

Seorang pun boleh tolak kereta #carlsonchia #oeacademy #tiktokguru #tiktokguru #tiktok #ItStartsOnTikTok #malaysia

♬ original sound – Carlson@Guan_oe – Carlson@Guan_oe

Apapun, moga-moga suatu hari nanti anda tak terdesaklah untuk buat cara begini ya.

Sumber:  @Carlsonchia_oe

The post (Video) Mekanik Tunjuk Cara Mudah Tolak Kereta Seorang Diri, Orang Kurus Pun Boleh Buat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments