(Video) Lima Sekawan Bertaranum, Lantunan Azan Merdu Dengan Lima ‘Lagu’ Buat Ramai Terpegun

Setiap hari, laungan azan akan dikumandangkan di corong-corong speaker surau ataupun masjid untuk mengajak orang Islam menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Azan yang dikumandangkan juga sebenarnya boleh menambat hati sesiapa yang mendengarkan.

Tambahan lagi, laungan azan mempunyai pelbagai ‘lagu’ yang boleh dilaungkan mengikut seseorang bilal yang melaungkannya.

Seorang pengguna Twitter bernama @ammar_mukhlis ada berkongsikan satu video berkenaan cara dia bersama rakan-rakannya melaungkan azan dengan 5 jenis tarannum yang berbeza.

Antara jenis tarannum alunan azan yang dikongsikan adalah Hijjaz, Bayyati, Jiharkah, Rast dan Nahawand.

Video yang berdurasi selama 1 minit 20 saat itu telah menjadi tular di media sosial Twitter.

Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih daripada 100 ribu kali.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut terpesona dengan alunan daripada kesemua mereka.

Sumber: @ammar_mukhlis

The post (Video) Lima Sekawan Bertaranum, Lantunan Azan Merdu Dengan Lima ‘Lagu’ Buat Ramai Terpegun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments