(Video) Lelaki ‘Deco’ Dinding Luar Rumah Guna Kayu Pallet Terpakai, Gaya Macam Rumah ‘Mat Saleh’

Bagi yang biasa menjalankan kerja-kerja perkayuan, pasti akan ada lebihan kayu yang tidak dipakai lagi.

Ada yang kreatif boleh menjadikan sisa kayu tersebut menjadi sebuah alat lain, ada juga yang terus ‘cuci tangan’, buang sahaja kayu-kayu itu.

Namun, pernahkah anda mendengar peribahasa, ‘tukang tidak membuang kayu’?

Inilah yang diamalkan oleh ahli group Facebook Tukang Apa Hari Ini, Asri Hj S yang menggunakan sisa kayu pallet untuk dijadikan dinding baharu di luar rumahnya.

Mari ikuti perkongsian ini.

Gambar: Asri Hj S

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dulu ada kawan kerja leraikan kayu-kayu palet.

Setiap kali dia dapat papan palet dari US ni dia akan simpan untuk saya.

Gambar: Asri Hj S

Saya beli daripada dia sikit-sikit sampailah banyak keping saya dapat.

Sebenarnya tak ada pelan nak buat apa-apa tapi sebab papan tu nampak cantik dan kuat, tebal satu (1) inci, saya kumpul jelah.

Lama jugaklah tersadai papan-papan ni tepi rumah.

Selalu jugalah isteri tanya, “Nak buat apa papan-papan tu,”. Dah rasa semak la tu 😄

Gambar: Asri Hj S

Masa lama duduk rumah PKP haritu, kita keluarkan papan-papan tu dari tempat persembunyian.

Perlahan-lahan kita lekatkan kat dinding luar. Omputih cakap apa, Shiplap? 🤭

Yang pendek lekat guna gam, yang panjang wallplug + skru.

Kononnya nak jadikan macam rumah Log.

Gambar: Asri Hj S

Anai-anai suka kayu ni, tapi sebab dah tanam racun, InsyaAllah selamat untuk lapan (8) tahun akan datang.

Maaflah, saya ni takda kelulusan atau kemahiran menukang kayu, jadi hasilnya biasa-biasa je..

Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S

Bolehlah kut kalau nak tengok proses lekat-lekat tu kat sini:

Terima kasih.

Tukang tidak membuang kayu

Menurut Asri, semua kayu pallet yang digunakan itu adalah daripada Amerika Syarikat (US) bagi tujuan kargo.

“Kayu-kayu ini asalnya adalah kotak untuk mesin atau barang-barang yang diimport dari US. Biasanya importer tu akan buang je kotak-kotak kayu tu.

“Kilang kawan saya ni ambik kotak-kotak ni, leraikan kayu-kayunya dan belah kecil-kecil untuk dijadikan pallet kecil-kecil,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, hari ini.

Berikut adalah contoh kotak untuk eksport mesin atau barang-barang besar dari US.

Gambar: Asri Hj S

 

Setelah dibelah kepada kecil-kecilan, akan dipasang dalam bentuk begini.

Gambar: Asri Hj S

Sebelum itu, Asri pernah membina sebuah pondok kayu (wooden lodge) yang dibina daripada kayu pallet terpakai.

“Lepas siap pondok pallet itu, saya teringin nak buat ‘log cabin‘ macam di US tu, tapi terlalu mahal untuk dapatkan kayu yang sesuai.

Wooden lodge yang dibinanya. Gambar: Asri Hj S
Wooden lodge yang dibinanya. Gambar: Asri Hj S

“Dari situ saya terfikir untuk jadikan rumah saya yang dah berusia 20 tahun ini jadi ala-ala log cabin.

“Lagipun saya ada papan-papan yang sudah terkumpul lama itu untuk dijadikan dinding.

Mula-mula ada terfikir juga nak buat perabot, tapi rasa sayang sebab sudah nak dapat kayu pine saiz dan jenis ini. Itu yang simpan bertahun-tahun tu,” katanya lagi.

Kos yang dilaburkan, tidak sampai RM10k

Sementara itu, katanya lagi, kos yang dilaburkan tidak begitu besar.

“Masa saya beli papan tu RM20 sekeping. Tapi sekarang rasanya tak dapat.

“Kos saya pasang kat dinding rumah yang macam dalam video itu cuma RM600.

“Tapi kalau kos keseluruhan termasuk porch dan extension belah kiri tu, lebih kurang RM5,000,” jelasnya.

Gambar: Asri Hj S

Menurutnya, gambar di atas ini asalnya adalah sebuah pergola berbumbung.

Namun hasil kreativitinya, pergola tersebut ditransformasikan dengan binaan dinding menggunakan kayu pallet.

Kini, di belah kanan (pintu) adalah ruang santai keluarga dan bilik tusyen anak-anak, manakala belah kiri (belakang buaian) adalah bengkel kecilnya.

Difahamkan, kos yang dilaburkan tadi tidak termasuk pergola yang sedia ada.

Berikut di bawah ini adalah beberapa hasil tangan Asri yang turut dikongsikan.

Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S
Gambar: Asri Hj S

Sumber: Asri Hj S

The post (Video) Lelaki ‘Deco’ Dinding Luar Rumah Guna Kayu Pallet Terpakai, Gaya Macam Rumah ‘Mat Saleh’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments