(Video) Detik-Detik Lelaki ‘Lepaskan’ Motosikal Untuk Kejar Bayi Dalam ‘Baby Walker’ Bergerak Laju Dari Atas Jalan Curam

Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya terluka namun terkadang ia tetap berlaku tanpa diduga dan disedari.

Sekiranya perkara sedemikian berlaku, pastinya mendatangkan rasa cemas dalam diri memikirkan nasib yang menimpa anak-anak.

Menerusi video yang dimuatnaik di Twitter itu, seorang bayi yang dilihat sedang berada di dalam walker tiba-tiba menggelongsor turun ke tepian jalan yang agak curam.

Namun, bayi itu bernasib baik apabila berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang dipercayai kebetulan melalui jalan itu.

Tindakan pantas lelaki itu dengan menghentikan motosikal yang dinaikinya dan tanpa tidak teragak-agak untuk menyelamatkan bayi tu. Jika terlambat, bayi tersebut mungkin akan jatuh atau ‘meluncur’ dengan lebih jauh.

Rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut dan mereka menganggapnya sebagai seorang hero.

Tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian ini berlaku. Pun begitu, ianya boleh dijadikan sebagai satu peringatan buat ibu bapa mahupun penjaga untuk lebih berhati-hati.

Sumber: recehtapisayang

The post (Video) Detik-Detik Lelaki ‘Lepaskan’ Motosikal Untuk Kejar Bayi Dalam ‘Baby Walker’ Bergerak Laju Dari Atas Jalan Curam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments