(Video) Detik Cemas Penunggang Motosikal Tergolek Di Tengah ‘Highway’ Dan Nyaris Digilis

Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan.

Seperti video yang dikongsikan oleh akaun Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS ini, satu kemalangan yang melibatkan seorang penunggang motosikal telah berlaku ketika kenderaan seperti lori kontena dan kereta melalui laluan tersebut.

Kemalangan yang dilaporkan berlaku di lebuh raya PLUS memaparkan seorang penunggang motosikal yang hampir-hampir digilis oleh kenderaan lain selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya.

Rakaman memaparkan penunggang motosikal memasuki lorong di sebelah kanan di mana terdapat juga sebuah kereta di lorong yang sama.

Ketika dilihat kedua-dua buah kenderaan itu begitu hampir, motosikal tersebut terbabas sehingga menyebabkan penunggang tersebut tergolek di atas jalan raya.

Tiada maklumat lanjut berkenaan kecederaan yang dialami penunggang motosikal itu.

Nyaris-nyaris kena gilis

Nyaris-nyaris kena gilisLokasi : Jalan Nilai – Seremban (Plus Highway KL – Seremban). Rakaman Dimuatnaik Oleh : Firdaus Masri#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, September 30, 2020

Adalah dinasihatkan kepada semua pembaca untuk lebih berhati-hati sekiranya memandu atau menunggang terutamanya di jalan yang sibuk.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

The post (Video) Detik Cemas Penunggang Motosikal Tergolek Di Tengah ‘Highway’ Dan Nyaris Digilis appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments