(Video) Dapat Lebih 500,000 Tontonan, Aksi Perodua Kelisa Berjaya Redah Banjir Disorak Orang Ramai

Video memaparkan lagak selamba sebuah kereta Perodua Kelisa yang meredah banjir di Kuala Lumpur semalam menjadi tular di media sosial dengan meraih lebih setengah juta tontonan oleh warganet.

Menerusi video tersebut berdurasi 40 saat yang dimuatnaik oleh pheezothman di Twitter, Kelisa berkenaan dilihat melalui kawasan banjir yang agak dalam di hadapan deretan kedai di Kuala Lumpur.

Mungkin dengan kemahiran pemandunya dan sorakan orang ramai yang memberi semangat di situ, Kelisa tersebut berjaya meredah air banjir dengan selamat. Fuhh, memang power!

Jangan pandang hina kereta kelisa

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen mengakui kehebatan kelisa dan turut terhibur dengan sokongan yang diberikan oleh orang ramai di tempat kejadian.

Kelisa memang duduk dalam air

Myvi sedang ‘shaking’

Kelisa ayah aku buat masuk kebun sawit..

Hidup ikan kelisa!

Tahun 2020 tak dapat kereta terbang dapat kereta berenang pun okay…

Sumber: Twitter @pheezothman

The post (Video) Dapat Lebih 500,000 Tontonan, Aksi Perodua Kelisa Berjaya Redah Banjir Disorak Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments