(Video) Cara “Repair” Pulsator Dalam Mesin Basuh, Jadi Punca Berpintal Ketika Dibasuh

baju berpintal mesin basuh

Tugas mudah membasuh baju boleh jadi sedikit mencabar apabila pakaian berpintal di dalam mesin basuh.

Malah, tekstur kain juga berpotensi rosak disebabkan pintalan, membuatkan baju boleh menjadi semakin besar dan longgar.

Bagi mengatasi masalah baju berpintal di dalam mesin basuh ini, mari kita ikuti perkongsian seorang juruteknik, Mohd Hairul Bin Ithnin atau turut dikenali sebagai Hairul V Cool di Youtube beliau.

Kongsinya, permasalahan tersebut berlaku apabila pulsator berputar terlebih dahulu berbanding drum mesin basuh. Hal ini berpunca daripada masalah kotak gear mesin basuh, membuatkan kedua-dua komponen tidak dapat berputar secara serentak.

Oleh itu, kotak gear perlu ditukar agar ia dapat berfungsi semula seperti biasa.

Pulsator. (Kredit: India Mart)

Jom tonton bagaimana cara menukarnya di bawah.

Sumber: Hairul Vcool

The post (Video) Cara “Repair” Pulsator Dalam Mesin Basuh, Jadi Punca Berpintal Ketika Dibasuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments