(Video) Bumbung kereta hancur akibat kemalangan


Sebuah kereta Proton berwarna merah mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat kemalangan.

Menurut sumber, kejadian berlaku baru sebentar tadi di Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) di Bandar Tasik Selatan. 

Setakat ini belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian itu tetapi difahamkan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Semalam, seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan lebuh raya di Jalan Sungai Besi. 

Orang ramai yang melihat kejadian itu segera membantu mangsa keluar daripada kereta sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan cedera di tangan. 

Susulan kejadian itu, pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan siasatan dijalankan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pelaksanaan pembinaan. 

Pihak pemaju utama, MRCB Builders juga telah diarahkan memberhentikan kerja kepada sub kontraktor dan menutup lokasi untuk siasatan. 

Sumber: Facebook, Harian Metro




r

Post a Comment

0 Comments