(Video) Bukan Calang-Calang, Aksi Wanita Tangkap Buah Durian Guna Guni Bikin Penonton Risau

buah durian

Bukan calang-calang. Seorang wanita mempamerkan kemahirannya menangkap buah durian hanya menggunakan kain guni.

Dalam video dikongsikan Nature & Animals, kelihatan wanita berkenaan bersama beberapa individu lain sedang mengumpul buah durian di satu lokasi yang tidak diketahui.

Mempunyai fokus yang tajam, wanita itu segera menghayunkan guni seiring kelajuan durian yang sedang melayang ke bawah untuk menyambutnya.

Hasil hayunan itu, buah berkenaan melekat pada guni sebelum dikutip rakannya dan dimasukkan ke dalam bakul.

Video tersebut membuatkan orang ramai kagum dengan kemahiran wanita tersebut sekaligus risau akan keselamatannya.

“Kalau tersasar, lain ceritanya”

Bahaya, tapi hebat

Tolong pakai helmet

Sumber: Nature & Animals

The post (Video) Bukan Calang-Calang, Aksi Wanita Tangkap Buah Durian Guna Guni Bikin Penonton Risau appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments