(Video) Bijak Bukan Biasa-Biasa, Kucing Di UniSZA Ini Digelar ‘Warden’, Pandai Buka Pintu Bilik Sendiri

kucing buka pintu sendiri

Luar biasa kebijaksanaannya. Bagi para pelajar blok asrama lelaki UniSZA Gong Badak, mungkin kenal dengan kelibat si putih ini yang pandai membuka pintu sendiri ini.

Ada yang menggelarnya sebagai ‘warden’, kucing putih ini dikatakan telah tinggal di kampus berkenaan sejak 2016 lagi.

Dalam satu video dikongsikan saudara Aimanajmuddin, kelihatan kucing pintar berkenaan membuka sendiri pintu sebuah bilik di asrama.

Malah, si kucing tompok dengan ‘rambut sikat tepi’ itu sempat memberi pandangan ‘serius’ sebelum berlalu keluar.

Gelagat kucing itu membuatkan orang ramai terhibur dan membuat meme berdasarkan ekspresi kucing berkenaan. Malah, ada yang menggelarnya ‘warden’ garang bermisai dengan menyertakan dialog lucu loghat Terengganu pada ruangan komen.

Video itu memperoleh lebih 18 ribu tanda suka dan 19 ribu ulang kicau dengan 216.7 ribu tontonan.

Patut masuk universiti

“Aku cari siapa yang ludah aku dulu!”

Warden rambut sikat tepi, ada misai memang selalu garang ke?

Sumber: Aimanajmuddin

The post (Video) Bijak Bukan Biasa-Biasa, Kucing Di UniSZA Ini Digelar ‘Warden’, Pandai Buka Pintu Bilik Sendiri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments