(Video) Anak ‘Oyen’ Pulak Buat Hal, Lompat-Lompat Kat Kaki Wartawan Ketika Lintas Langsung

Sudah terang lagi bersuluh, kita semua kenal dengan karakter kucing oren yang terkenal dengan sifat ‘nakal’ iaitu Garfield. Mungkin kerana mereka ini dilahirkan berperangai yang sukar dijangka dan menghiburkan kita semua.

Seperti yang kita tahu, kucing yang bulu berwarna oren atau keperangan ini sering digelar dengan nama manja ‘oyen’.

Sekali lagi kucing oren ‘buat hal’ tular di media sosial. Kali ini giliran anak oyen pula menyakat seorang wanita dipercayai wartawan lokasi sedang membuat liputan diganggu oleh si bulus.

anak oyen buat hal la😆

Posted by Nasir Udin on Tuesday, September 22, 2020

Aksi yang dilakukan oleh anak Oyen ini memang membuat ramai terhibur. Tak cukup sekali, mesti korang akan ulang balik tengok video ini. Hal ini jelas membuktikan bahawa sifat manja dan perangai yang suka diduga ini sering menjadi haiwan peliharaan yang disayangi.

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat kucing ini dan mereka meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen.

Sumber: Group meowciked

The post (Video) Anak ‘Oyen’ Pulak Buat Hal, Lompat-Lompat Kat Kaki Wartawan Ketika Lintas Langsung appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments