(Video) 'Allahuakbar! Ok! Ok! Aku mengalah! Tolong!' - Peragut rayu tak dipukul orang awam


Cubaan seorang penunggang motosikal meragut beg tangan mangsanya yang sedang melintas jalan raya, gagal apabila suspek terjatuh dan ditangkap orang awam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa berhampiran Bank Islam Mount Austin Johor Bahru, suspek yang bukan dibelasah oleh orang awam dan diikat sebelum diserahkan kepada polis. 

Berdasarkan video kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran, mangsa terdahulu dilihat sedang melintas jalan. 

Dalam masa yang sama, suspek menunggang motosikal pada awalnya telah lalu di hadapan mangsa tetapi berpatah balik dan merentap beg tangan mangsa. 

Ketika cuba memecut melarikan diri, motosikalnya berpaling tadah dan suspek terjatuh. Suspek cuba bangun untuk melarikan diri tetapi jeritan mangsa yang meminta bantuan orang awam berjaya menarik perhatian seorang anggota Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). 

Tanpa membuang masa, anggota terbabit terus berlari ke lokasi kejadian dan serta-merta memberi 'flying kick' pada suspek sehingga terjatuh ke jalan seperti nangka busuk. 

Di kesempatan itu, anggota MBJB terus 'mengunci' badan suspek agar tidak dapat meloloskan diri. 

Orang ramai yang ternampak kejadian itu terus datang menghulurkan bantuan. Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk membelasahnya termasuklah memulas telinga suspek. 


Video kejadian itu viral di media sosial. Netizen memuji usaha orang awam membantu mangsa dengan pantas, terutamanya anggota MBJB berkenaan. 




Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS


r

Post a Comment

0 Comments