Untung Tanam Sayur Pak Choy, Pokok Yang Sama Boleh Tuai Sampai 6 Kali. Tapi Kena Potong Ikut Cara Ini

 

Bagi yang suka bercucuk tanam, pak choy antara sayuran yang boleh kita tanam di rumah selain sawi, bayam, kangkung atau tanaman herba untuk kegunaan dapur.

Untungnya tanam pak choy ini, hasilnya cepat. Sebulan lebih dah boleh tuai. Boleh buat pak choy masak sos tiram. Lagi best, pokok yang sama kita boleh tuai hasilnya sampai enam kali.

Menarik kan! Jika nak cuba tanam boleh ikut cara yang dikongsi oleh Don Laught ini.

Cara tanam pak choy

1. Semai biji benih hari 1-22. Cuma tabur biji benih dan kambus dengan tanah tapi tak dalam sangat. Saya guna tanah yang dicampur 8 in 1.

Biji benih yang digunakan.
Ini pula media tanah 8 in 1 yang saya guna.

2. Bila dah bercambah alihkan ke pot pada hari ke-22. Pilih daun yang cantik saja, sebab itu  kena tanam banyak benih.

Sebaiknya alih pada waktu petang sekitar 6 p.m bila cuaca dah redup. Letak anak pokok di tempat yang redup dulu atau tudung dengan jaring/netting.

Ini anak pokok yang dah dialih ke pot

3. Hari ke 24 boleh alihkan ke tempat terbuka kena sinaran matahari atau buka netting.
Bila dah alih ke pot, tak perlu baja lagi kerana dah guna media tanah 8 in 1. Dah cukup nutrien yang diperlukan.

 

4. Hari 35-40 dah boleh tuai atau potong pak choy. Boleh guna kaedah cut-and-come-again jika hendak kekalkan pokok yang sama membuahkan hasil 2 atau 3 minggu lagi (pokok yang sama boleh tuai banyak kali).

Jika gunakan kaedah cut-and-come-again ini, semasa potong daun tinggalkan satu atau dua helai daun untuk pak choy terus tumbuh. Setakat ini saya pernah sampai 6 pusingan guna kaedah ini. Cuma untuk pusingan seterusnya batang sayur akan jadi memanjang.

Kaedah cut-and-come-again, kena tinggalkan satu atau dua helai daun.

Saya guna kaedah ini untuk pokok yang subur dan cantik saja, jika baka kurang elok terus cabut kemudian tanam atau tukar dengan semaian baru.

TIP

Jika pak choy lambat membesar, cuba pindah atau tukar tanah yang tak kering atau gemburkan. Tapi awas, gembur sekali sekala saja jangan sampai terkena akar.

Selamat mencuba!

Sumber:  Don Laught

 

The post Untung Tanam Sayur Pak Choy, Pokok Yang Sama Boleh Tuai Sampai 6 Kali. Tapi Kena Potong Ikut Cara Ini appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments