Tular Rakaman Wanita Seakan Dirasuk, Mengamuk Dalam Pesawat Sampai Panjat Kerusi Penumpang

Kejadian ‘menyeramkan’ berlaku apabila seorang wanita berkelakuan luar biasa seperti dirasuk ketika menaiki sebuah pesawat menuju ke Michigan, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

Menerusi sebuah video yang sempat dirakamkan oleh seorang penumpang, wanita berkenaan dilihat menjerit-jerit seperti hilang akal sambil memanjat tempat duduk penumpang di barisan yang kosong.

Kemudiannya, tiga orang lelaki yang menghampiri wanita itu dilihat cuba mententeramkan kejadian dengan memaksa wanita itu turun daripada tempat duduk penumpang dengan menariknya ke bawah.

Mereka kemudiannya membawa wanita itu keluar namun ketika beredar dia masih melontarkan kata-kata kesat kepada mereka.

Salah seorang penumpang membuat spekulasi bahawa wanita tersebut berada di bawah pengaruh dadah dan mengambil bahan terlarang.

Manakala, beberapa komen yang ditinggalkan di video tersebut mengaitkan kejadian berkenaan dengan filem The Exorcist dan berkata bahawa wanita itu dirasuk syaitan.

Setakat ini, rakaman video itu mencatat lebih sejuta tontonan ketiak dimuat naik di laman web worldstarhiphop.com.

Sumber: Daily Mail

The post Tular Rakaman Wanita Seakan Dirasuk, Mengamuk Dalam Pesawat Sampai Panjat Kerusi Penumpang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments