Transformasi Dinding Kosong Jadi Menarik Guna Kayu Pallet Terpakai, Setanding Rumah Gaya Inggeris



Bagi mereka yang sering melakukan kerja pertukangan, pastinya akan membuang lebihan kayu yang tidak digunakan lagi.

Namun sebenarnya jika anda kreatif, lebihan kayu ini boleh dijadikan idea menarik dalam menghias ruang kediaman.

Seperti perkongsian Asri Hj S yang juga merupaka ahli grup Tukang Apa Hari Ini telah menggunakan sisa kayu pallet untuk dijadikan dinding baru di luar rumahnya.

Menurut Asri dia mempunyai seorang kawan di US yang kerjanya meleraikan kayu-kayu pallet.

Dan selalunya dia akan membeli kayu pallet berkenaan sedikit demi sedikit hinggalah berjaya mengumpulnya dalam kuantiti yang banyak.

Akhirnya siapa sangka timbunan kayu pallet ini berjaya dijadikan 'shiplap' untuk hiasan diding tumpu yang sangat menarik.

Sebenarnya tidak ada plan untuk buat apa-apa tetapi oleh sebab papan berkenaan nampak cantik & kuat, tebal 1 inci, saya kumpul saja..

Lama jugaklah tersadai papan-papan ini tepi rumah. Selalu juga isteri tanya.. Mahu buat apa papan-papan itu.. saya sudh rasa semak….

Masa lama duduk rumah pkp tempohari, kita keluarkan papan-papan itu dari tempat persembunyian.

Perlahan-lahan kita lekatkan pada dinding luar.. Orang putih cakap apa… Shiplap? .. bahagian pendek lekat guna gam.. dan yang panjang wallplug + skru.. kononnya untuk jadikan seperti rumah log..

Anai-anai suka kayu ini, tetapi sebab sudah tanam racun, jadi insyaAllah selamat untuk 8 tahun akan datang…

Maaflah.. saya ni tak ada kelulusan atau kemahiran menukang kayu, jadi hasilnya biasa-biasa saja…

Untuk yang mahu lihat proses lekat ² tu kt sini https://youtu.be/JeViywCFdrk

Terima kasih

The post Transformasi Dinding Kosong Jadi Menarik Guna Kayu Pallet Terpakai, Setanding Rumah Gaya Inggeris appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments