Tip Tanam Pokok Kantan Di Rumah & Cara Pastikan Kantan Kerap Berbunga Dengan Banyak!

Bunga kantan memang selalu kita guna dalam masakan, jadi berbaloi kalau tanam sendiri di rumah, apatah lagi dengan
harganya yang boleh tahan juga mahal.

Jika nak jadikan ia sebahagian tanaman boleh ikut cara yang dikongsi Petani Herba ini.

Selain beli dari nursery boleh juga ambil bunga kantan yang dah matang. Cari di kelopak biji yg dah hitam. Itu
kira dah boleh dibuat benih. Nak semai kenalah sediakan bekas semaian macam cawan plastik tak pun kalau nak jimat
gunalah bekas yg terbuang. Jimat

Kemudian kena sediakan media yg baik, boleh guna potting soil yg dibeli dari kedai nusery. Boleh juga guna media
cocopeat yg dicampurkan dgn sekam padi bakar dan vermiculite. Kalau tiada juga media tu semua gunalah tanah hitam
atau biasa yang digaul dgn kompos..ok settle

Kalau nak nak hasil yg bagus, bunga kembang setaman rendam benih kantan dgn cecair EM (Enoculent microbial) selama
sejam dan toskan. Sementara menunggu benih kantan tos airnya, sediakan media semaian dgn memasukkan media ke dalam
bekas semaian hingga penuh.
.
Buat lubang kira-kira 1 inci dlm dan jarak antara lubang 2 inci. Masukkan sebiji kantan pd setiap lubang hingga
selasai dan timbus smula dgn media.

Siram media dgn air yg banyak dan letak ditempat terkena cahaya pada waktu pagi atau petang. Untuk pengetahuan
kurang benih kantan mengambil sangat lama utk bercambah lebih kurang 1 bulan lebih hingga 3 bulan. Jangan give up
lak.

Selepas 1 bulan lebih, benih bunga kantan akan mula keluar dr permukaan media. Siram dgn air jika perlu. Tak perlu
bubuh baja pad ketika ini.

Setelah anak pokok berusia 3 minggu selepas bercambah. Alihkan anak pokok pada polibag atau pasu. Jagalah anak
pokok kantan dgn melakukan siraman 2 minggu sekali dan sembur baja booster seperti baja cecair ikan atau kompos
teh.bunga kantan mula menghasilkan bunga setelah berusia 8 bulan ke atas.

Tip pokok kantan berbunga kerap & banyak, selamat sampailah tiba masa untuk dituai

Bila pokok kantan dah berbunga banyak bolehlah praktikkan tip yang dikongsi oleh Haninah Salim

Untuk berbunga kerap kantan gemar persekitaran yang basah dan lembab.

Kena rajin "bagi hujan" apabila hari tidak hujan dengan menyiram secara semburan halus ke atas.

Setelah mula mengeluarkan kudup bunga, letak potongan botol plastik untuk mengelakkan musuh tanaman.

Sumber: Petani Herba & Haninah Salim

The post Tip Tanam Pokok Kantan Di Rumah & Cara Pastikan Kantan Kerap Berbunga Dengan Banyak! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments