Tip Pilih USB Cable Yang Betul, Salah Pilih Bateri Handphone Lambat Penuh

USB cable ibarat penyambung hayat kepada sesebuah smartphone. Ia amat penting, tanpa USB cable, anda tidak mungkin boleh mengecas bateri smartphone ataupun pindahkan data / files dari smartphone ke laptop anda. Kecuali lah anda menggunakan smartphone premium yang di lengkapi dengan wireless charging. Pun begitu, wireless charging masih belum mampu mengecas sepantas guna kan USB Cable . Ini realiti nya…

Kalau pakai smartphone, USB cable kena ada. Tapi masalah biasa kita hadapi USB cable selalu saja kena beli baru terutama selepas USB original rosak atau hilang.

Ada yang beli 3 bulan sekali. Kenapa macam ni ya? Sebabnya kemungkinan besar kita tersilap beli USB cable. Adalah amat penting untuk kita pilih usb cable yang betul dari segi spesikasi supaya proses pengecasan berjalan lancar dengan voltan dan arus yang sesuai dengan smartphone anda.

Melalui perkongsian sifupowerbank, berikut adalah tip untuk pilih USB cable yang betul supaya tidak berlaku kejadian tidak support antara USB cable dan smartphone atau handphone yang dicas lambat penuh.

1. Pastikan tahu jenis sambungan USB smartphone yang digunakan.

Untuk pengetahuan, ada 3 jenis USB Cable yang biasa di gunakan untuk model smartphone iaitu :
Micro USB : Biasa digunakan untuk smartphone jenis Android dari spesifikasi pertengahan sehingga yang model biasa Android.
Type-C : Kebanyakkan smartphone model baharu yang di perkenalkan menggunakan sambungan USB-C atau panggilan lain , USB Type C . Ia berbentuk lebih panjang dan lonjong berbanding dengan USB Micro USB ( Perbezaan dalam gambarajah di bawah) .
Lightning 8 Pin – Ini adalah USB Cable khas untuk peranti Apple sahaja seperti iPhone dan iPad . Ia berbentuk lebih kecil berbanding kabel Micro USB dan USB C .

Jadi sila periksa smartphone kita menggunakan sambungan USB jenis yang mana. Adakah Micro USB atau USB-C atau Lightning ?

Untuk pengguna Android, anda hanya perlu fikirkan antara Micro USB dan USB-C sahaja. Jangan beli Lightning USB untuk guna pada peranti Android anda.

2. Tahu berapa arus yang sesuai untuk smartphone yang digunakan.

Arus yang mampu di terima untuk mengecas bateri anda tidak sama antara satu model ke satu model smartphone . Ada model yang menggunakan pengecasan biasa, ada yang menggunakan pengecasan pantas. Jadi, kadar output dari segi voltan serta arus adalah tidak sama.

Jadi, memilih USB Cable yang betul adalah juga sangat penting . Salah beli, ia akanberi kesan kepada proses pengecasan pantas.

Seperti comtoh dalam gambarajah di atas , kedua-dua nya adalah USB Type C. Nampak sama, tetapi sebenar nya, ia berbeza dari segi performance.

Untuk jenama Tronsmart, ia mampu membawa arus maksimum 3A sahaja, manakala yang jenama Baseus , boleh membawa arus sehingga 5A . Ini yang membezakan nya .
Jadi, sudah faham nya kenapa USB cable bentuk sama, tetapi performance / spesifikasi nya berbeza. Salah pilih dan guna, ia akan jadi kan sama anda cas bateri lambat atau anda rugi duit.

Jadi, pastikan anda tahu berapa spesifikasi arus / voltan yang boleh di bawa untuk USB Cable tersebut. Jika tidak tahu , sila rujuk semula dalam laman web ramsi jenama smartphone anda / buka semual manual book smartphone anda.

3. Pastikan ada jaminan

Jika nak beli USB Cable yang tahan lama, serta performance yang terbaik, wajib pastikan yang USB Cable tersebut datang sekali dengan jaminan dari pihak pengeluar / penjual .

Lagi lama jaminan yang berani di beri oleh pengeluar, semakin bagus dari segi kualiti USB Cable tersebut . Mereka akan menggunakan wayar serta penebat yang bahan terbaik supaya ia boleh mengecas bateri smartphone anda dengan lebih stabil dari segi aliran voltan dan arusnya. Kalau beli yang waranti hanya seminggu faham-faham sajalah ya.

Sumber: Sifupowerbank

The post Tip Pilih USB Cable Yang Betul, Salah Pilih Bateri Handphone Lambat Penuh appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments