Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Pukul Pelajar Di Asrama

KOTA BHARU, 9 Sept (Bernama) — Polis Kelantan telah menahan tiga pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di asrama sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, dekat sini semalam.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata kesemua suspek berusia 17 tahun itu ditahan selepas mangsa yang juga pelajar tingkatan satu sekolah sama membuat laporan polis pagi tadi.

“Berdasarkan keterangan awal, suspek dipercayai memukul mangsa kerana berang dengan tindakan mangsa yang dikatakan cuba mempermainkan suspek dengan gurauan hendak belanja makan KFC,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shafien berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 26 saat yang memaparkan seorang remaja dipukul tiga rakannya di sebuah asrama.

— BERNAMA

The post Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Pukul Pelajar Di Asrama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments