TERKINI COVID-19: Satu Kluster Baru, Kluster Benteng Lahad Datu Dikenalpasti Hari Ini -KKM

kluster lahad datu

Putrajaya, 1 Sept – Satu kluster baru COVID-19 dikesan di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster dikenali sebagai Kluster Benteng Lahad Datu melibatkan kes indeks ke-9344 dan kes ke-9345.

Kedua-dua individu yang merupakan warganegara Filipina masing-masing merupakan lelaki berusia 55 dan 25 tahun.

Mereka disahkan tidak bergejala serta telah menjangkiti lima individu lain yang terdiri daripada seorang warganegara Malaysia, dua Filipina dan dua Indonesia.

Kesemua pesakit disahkan tidak bergejala manakala saringan kontak rapat sedang dijalankan.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 1 September 2020

Sumber: KKM

The post TERKINI COVID-19: Satu Kluster Baru, Kluster Benteng Lahad Datu Dikenalpasti Hari Ini -KKM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments