TERKINI Covid-19: 23 Kes Positif Baharu Hari Ini Libatkan 13 Kes Tempatan Dan 10 Kes Import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 6 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif ke sembuh adalah 9209 kes. Setakat hari ini, 15 September 2020 terdapat pertambahan 23 kes baharu di negara kita.

Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan kes Covid hari ini.

Pertambahan kes baharu sebanyak 23 kes telah menukar angka kes kumululatif kes positif kepada 9969 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kes adalah ke tempatan manakala kes import adalah 10 import. Jumlah kes aktif meningkat kepada 632 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, tiada kes baharu terdapat di Kedah tetapi kesemua kes tempatan adalah di Sabah.

KKM juga melaporkan bahawa tiada pertambahan kes kematian. Jumlah kes kematian kekal kepada 128 kes.

Sidang Media: Perkembangan Terkini COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 15 September 2020

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI Covid-19: 23 Kes Positif Baharu Hari Ini Libatkan 13 Kes Tempatan Dan 10 Kes Import appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments