Seorang Pendaki Gunung Kinabalu Dikesan Sebagai Kontak Rapat Kepada Individu Positif COVID-19

Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah mengeluarkan notis penutupan Kompleks Taman Kinabalu, bermula esok, 25 September hingga 8 Oktober 2020 depan.

Setiausaha Tetapnya, Dr Jamili Nais memaklumkan ia susulan seorang pendaki dari Tawau dikesan sebagai kontak rapat kepada individu yang didapati positif COVID-19.

Katanya lagi, semua malim gunung dan porter yang bertugas pada 13 dan 14 September juga diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mereka yang didapati positif akan dikuarantin selama 14 hari.

Berikutan dengan itu, semua kemudahan di taman berkenaan juga akan dibersihkan dan dinyahkuman.

Kompleks Taman Kinabalu ditutup mulai esok

#BuletinBernama : Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah mengeluarkan notis penutupan Kompleks Taman Kinabalu, bermula esok hingga 8 Oktober depan. Setiausaha Tetapnya, Dr Jamili Nais memaklumkan ia susulan seorang pendaki dari Tawau dikesan sebagai kontak rapat kepada individu yang didapati positif COVID-19.

Posted by Bernama TV on Wednesday, September 23, 2020

 

Sumber: Bernama

The post Seorang Pendaki Gunung Kinabalu Dikesan Sebagai Kontak Rapat Kepada Individu Positif COVID-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments