Rupanya Salah Pakai Bawa Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya!

Penggunaan kain batik sebenarnya sangat selesa dipakai terutamanya apabila selesai mandi sebelum menukar kepada baju sedia ada.

Malah sebenarnya penggunaan kain batik menjadi kemestian bagi kaum wanita pada zaman dulu untuk dijadikan kain basahan atau sebagai penutup kepala jika keluar rumah

Namun tahukah kita cara pemakaian kain batik yang betul diamalkan masyarakat hari ini.

Tahukah kita rupa-rupanya setiap cara pemakaian kain batik adalah berbeza-beza mengikut maksud dan tujuann.

Perkara ini dijelaskan oleh seorang wanita, Siti Izwana Shaikh Ismail yang juga obses kepada pemakaian kain batik ini.

Menurutnya ada yang bertanya padanya kenapa sangat kisah dengan kepala kain batik.

Sebaliknya mempersoalkan di mana bahagian kaki dan kepala pada setiap kain batik dipakai.

Tambahnya lagi setiap kain batik ada cara untuk memakainya dan bukan main 'sebat' saja.

Ini kerana jika salah pakai, membawa maksud yang salah dan akan mendatangkan bahaya.

Namun dia juga tidak menolak anggapan bahawa orang zaman sekarang tidak tahu apa maksud sebenarnya penggunaan kepala kain batik berkenaan.

Belakang = Bini orang
Depan = Anak Dara
Kiri = Balu
Kanan = Janda

Kepala kain itu yang mana????
Yang ini…

Yang mana anak dara, yang bujang tu, jangan pula pakai kepala kain di belakang.
Nanti bising tak ada orang datang meminang.

Dapat sesuatu????

#AkuMinahKainBatik
#KainBatikLaBest
#RugiTakRetiPakai
See Translation

The post Rupanya Salah Pakai Bawa Maksud Lain. Wanita Ini Kongsi Cara Guna Kain Batik Ikut ‘Kepala Kain & Maksud’ Disebaliknya! appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments