Rupanya Boleh Tampal Guna Gula-Gula Getah, Jika Alami Masalah Tayar Pancit Di Tengah Jalan

Ada kalanya malang tidak berbau apabila kenderaan yang kita naiki untuk ke tempat kerja mengalami masalah.

Biasanya tayar bocor atau pancit dan menyebabkan urusan menjadi tergendala.

Lebih sukar bila tiada yang sudi membantu atau tiada alatan untuk menggantikan tayar pancit ini.

Perkongsian di laman sosial Facebook memberi pilihan alternatif bagi penungang motosikal yang mengalami masalah motor pancit sama ada di jalan biasa atau lebuh raya.

Tip alternatif apabila tayar motosikal pancit semasa dalam perjalanan ke tempat kerja :-

1. Terus pergi ke pum minyak yang berhampiran.
2. Set meter pum anggin tempat tayar pancit. Pum tayar dan pastikan ada tempat pancit.
3. Beli CHEWING GUM @ GULA2 GETAH. Kunyah dalam beberapa minit.
4. Guna test pen @ paku @ ranting kayu yang keras untuk masukkan CHEWING GUM yang telah dikunyah tadi ke dalam lubang tempat pancit. Pastikan tayar ada angin.
5. Pum tayar lebih kurang 250 kpa.
6. Boleh teruskan perjalanan ke tempat kerja.
7. Pergi bengkel yang berhampiran untuk tampal tayar yang kekal.

#SEMOGA BERMaNFAAT UNTUK KITA SEMUA
NANTI.

The post Rupanya Boleh Tampal Guna Gula-Gula Getah, Jika Alami Masalah Tayar Pancit Di Tengah Jalan appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments